10 Ogos 2026BERITA

ARMADA dakwa PAS yang langgar perlembagaan PN

ARMADA dakwa PAS yang langgar perlembagaan PN
Kemelut pembahagian kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) kini menyaksikan BERSATU dan PAS saling menuding jari, dengan ARMADA BERSATU Selangor mendakwa segelintir pemimpin PAS terlebih dahulu membelakangkan Perlembagaan PN. Ketua ARMADA BERSATU Selangor, Na'im Brundage berkata, Dewan Pemuda PAS Selangor tidak sepatutnya memutarbelitkan kronologi sebenar berhubung pertembungan kerusi dalam pilihan raya negeri, sebaliknya perlu menjelaskan tindakan yang didakwa mengetepikan hak BERSATU sebagai parti anggota PN. "Pada 16 Julai 2026, wakil BERSATU telah dihalang daripada menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang membuat keputusan berkaitan pengagihan kerusi serta kerjasama dengan Barisan Nasional (BN)." Katanya, tindakan berkenaan didakwa bercanggah dengan Fasal 7.1 Perlembagaan PN. Jika istilah pengkhianatan mahu digunakan, tindakan segelintir pemimpin PAS yang membelakangkan perlembagaan gabungan itu juga perlu dipersoalkan. Na'im mengingatkan sayap pemuda PAS supaya berpegang kepada prinsip berkata benar, berlaku adil dan menjauhi fitnah ketika membuat tuduhan terhadap parti lain.

Sumber: Harapan Daily