26 April 2026KENYATAAN MEDIA
Armada Selangor Tuntut 50 Peratus Calon PRU Daripada Golongan Muda

SHAH ALAM – Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor menuntut agar 50 peratus calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang terdiri daripada golongan muda.
Ketua Penerangan ARMADA Bersatu Selangor, Hafizan Naimman Jeesin berkata, tuntutan itu bukan sekadar retorik, sebaliknya satu keperluan selari dengan perubahan landskap politik semasa.
"Inilah semangat zaman kerana undi besar orang muda di Selangor sedang menanti dan sedang melihat adakah BERSATU benar-benar ikhlas menghargai generasi muda," katanya.
Menurutnya, imej parti yang dipandang dalam kalangan anak muda adalah penentu masa hadapan perjuangan BERSATU. Di Selangor khususnya, parti perlu menampilkan lebih ramai calon muda — calon yang segar dengan idea, tegas dengan prinsip dan bertenaga untuk berkhidmat.
Sumber: Sinar Harian