10 Ogos 2026KENYATAAN MEDIA

Jangan putar belit fakta untuk tutup tindakan PAS langgar Perlembagaan PN — ARMADA

Jangan putar belit fakta untuk tutup tindakan PAS langgar Perlembagaan PN — ARMADA
SELANGOR – Ketua ARMADA BERSATU Selangor, Na'im Brundage mengingatkan Dewan Pemuda PAS Selangor supaya tidak memutarbelitkan fakta bagi menutup tindakan yang didakwa melanggar Perlembagaan Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, usul supaya PAS mengambil alih kepimpinan PN Selangor berasaskan dakwaan BERSATU mengkhianati gabungan itu adalah cubaan membentuk persepsi yang tidak benar. Menurut Na'im, pada 16 Julai 2026 wakil BERSATU dihalang daripada menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang membuat keputusan berkaitan pengagihan kerusi serta kerjasama dengan Barisan Nasional. Tindakan itu didakwa bercanggah dengan Fasal 7.1 Perlembagaan PN, yang memberikan setiap parti anggota hak untuk hadir, memberi pandangan dan mengundi. "Jika istilah 'pengkhianatan' benar-benar mahu digunakan, maka pengkhianatan yang sebenar ialah tindakan segelintir pemimpin PAS yang telah membelakangkan Perlembagaan PN, mengenepikan hak BERSATU sebagai parti anggota dalam proses membuat keputusan dan kemudian memilih untuk bekerjasama dengan musuh politik PN, iaitu BN." Beliau menggesa sayap pemuda PAS meneliti semula Perlembagaan PN, berkata benar, berlaku adil dan menjauhi fitnah sebelum mempersoalkan kedudukan BERSATU dalam PN Selangor.

Sumber: Malaysia Gazette