16 Julai 2026BERITA
Mesyuarat ARMADA BERSATU Selangor — Agenda Organisasi & Gerakan

SELANGOR, 16 Julai 2026 – ARMADA BERSATU Selangor mengadakan mesyuarat peringkat negeri yang membincangkan agenda organisasi, struktur kepimpinan G5, penubuhan ARMADA Bahagian di seluruh Selangor, serta persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.
Mesyuarat turut membentangkan keputusan untuk melancarkan website rasmi ARMADA Selangor sebagai pusat maklumat, aktiviti dan komunikasi rasmi gerakan anak muda BERSATU di peringkat negeri.
Struktur G5 ARMADA Selangor diketuai Na'im Brundage (Petaling Jaya) bersama Naib Ketua Hafizan Naimman (Sepang), Penolong Setiausaha Eizhan Rosnizan (Kuala Langat), Bendahari Nafiz (Shah Alam), dan Ketua Penerangan Asyraf (Ampang).